Pengikut

Rabu, 5 Jun 2013

Destinasi Pelancongan Negeri Pahang - Temerloh titik tengah semenanjung

         Temerloh merupakan sebuah bandar yang unik, kerana di sini terletaknya titik tengah semenanjung, Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin, Keenakan ikan patin yang diternak didalam sangkar di tepi sungai pahang ini cukup dikenali ramai, bahkan di Temerloh juga terdapat beberapa spesis ikan patin yang sukar untuk ditemui ditempat lain antaranya Patin Buah, Patin Muncung dan Patin Juara, kebanyakan spesis-spesis ini masih lagi boleh didapati di Pekan Sehari Temerloh dan beberapa kedai makan disini, kerana kesukaran dan keenakannya, harganya boleh mencecah sehingga RM 200/kg.
        Temerloh juga cukup terkenal dengan hasil sungainya seperti Ikan Temoleh dan Udang Galah, hasil sungai di Temerloh diakui cukup enak untuk dinikmati memandangkan faktor aliran air sungai yang laju dan memiliki sungai yang luas, tidak lengkap sekiranya kehadiran anda ke Temerloh tanpa menjamu selera menikmati hasil sungai di sini
       Anda juga boleh mendapat info mengenai temerloh dengan merujuk   http://ms.wikipedia.org/wiki/Temerloh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan