Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.
Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
Pengikut
Khamis, 13 Jun 2013
Sabtu, 8 Jun 2013
Rabu, 5 Jun 2013
Destinasi Pelancongan Negeri Pahang - Cameron Highland
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Pengunjung boleh tiba di Cameron Highland dengan melalui simpang laluan dari Tapah, Perak. Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh digunakan untuk ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley, Strawberry Farm, pelbagai hotel, resort dan rumah rehat serta padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sana juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam. Stesen Janakuasa Elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik utama untuk penduduk disana.
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia
Destinasi Pelancongan Negeri Pahang - Temerloh titik tengah semenanjung
Temerloh merupakan sebuah bandar yang unik, kerana di sini terletaknya titik tengah semenanjung, Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin, Keenakan ikan patin yang diternak didalam sangkar di tepi sungai pahang ini cukup dikenali ramai, bahkan di Temerloh juga terdapat beberapa spesis ikan patin yang sukar untuk ditemui ditempat lain antaranya Patin Buah, Patin Muncung dan Patin Juara, kebanyakan spesis-spesis ini masih lagi boleh didapati di Pekan Sehari Temerloh dan beberapa kedai makan disini, kerana kesukaran dan keenakannya, harganya boleh mencecah sehingga RM 200/kg.
Temerloh juga cukup terkenal dengan hasil sungainya seperti Ikan Temoleh dan Udang Galah, hasil sungai di Temerloh diakui cukup enak untuk dinikmati memandangkan faktor aliran air sungai yang laju dan memiliki sungai yang luas, tidak lengkap sekiranya kehadiran anda ke Temerloh tanpa menjamu selera menikmati hasil sungai di sini
Anda juga boleh mendapat info mengenai temerloh dengan merujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Temerloh
Temerloh juga cukup terkenal dengan hasil sungainya seperti Ikan Temoleh dan Udang Galah, hasil sungai di Temerloh diakui cukup enak untuk dinikmati memandangkan faktor aliran air sungai yang laju dan memiliki sungai yang luas, tidak lengkap sekiranya kehadiran anda ke Temerloh tanpa menjamu selera menikmati hasil sungai di sini
Anda juga boleh mendapat info mengenai temerloh dengan merujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Temerloh
Selasa, 4 Jun 2013
Destinasi Pelancongan Negeri Pahang - Deerland Kuala Gandah Lanchang
Jika berkunjung ke Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, pengunjung juga boleh berkunjung ke destinasi seterusnya iaitu Deerland yang terletak berhampiran, di Deerland pengunjung boleh melihat pelbagai jenis hidupan liar yang jarang dilihat dan juga boleh memberi makan kepada rusa-rusa yang diternak disini
Destinasi Pelancongan Negeri Pahang - Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Antara destinasi yang patut di lawati semasa berada di Pahang adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah , Lanchang. Di sini pengunjung berpeluang untuk melakukan aktiviti bersama gajah seperti:-
- Memberi makan gajah
- Mandi bersama gajah
- Menunggang Gajah
Langgan:
Catatan (Atom)